Ringkasan Eksekutif RINGKASAN EKSEKUTIF Bagi memenuhi visi dan misinya, Suruhanjaya telah melaksanakan program dan aktiviti berdasarkan Pelan Kerja sejajar dengan Pelan Strategik (2012-2016) yang telah dirangkanya. Suruhanjaya telah menjalankan pelbagai aktiviti dan program berbentuk pendidikan, latihan, dan penglibatan kemasyarakatan bersama segenap lapisan rakyat Malaysia. Penyelidikan, advokasi dan syor-syor turut disediakan untuk Kerajaan dan pihak berkepentingan bagi memastikan hak asasi manusia dihormati di sisi undang-undang, polisi dan amalan negara, serta difahami oleh agennya. Pentauliahan Suruhanjaya, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Nasional (NHRI) bertaraf ‘A’, akan dinilai semula pada bulan Oktober 2015. Pentauliahan ini, yang dinilai semula setiap lima tahun, memerlukan setiap NHRI mematuhi sepenuhnya Prinsip PBB Berkenaan Status Institusi Nasional, yang turut dikenali sebagai Prinsip-prinsip Paris. Adalah penting bagi Suruhanjaya untuk mengekalkan pentauliahannya bagi memenuhi peranannya yang begitu mustahak dalam mempromosi dan memantau keberkesanan pelaksanaan piawaian antarabangsa hak asasi manusia di peringkat nasional. LAPORAN KUMPULAN PENDIDIKAN DAN PERHUBUNGAN AWAM Untuk tahun 2014, Bahagian Pendidikan dan Promosi, dalam meneruskan mandat Suruhanjaya untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran hak asasi manusia di sekolah, telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bagi memperluaskan program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) kepada 138 buah sekolah kebangsaan dan 93 buah sekolah Orang Asli. Selari dengan matlamat program ATHAM untuk menerapkan nilai dan prinsip hak asasi manusia ke dalam komuniti sekolah, beberapa buah sekolah telah menunjukkan hasil positif dari segi kadar vandalisme, disiplin dan perilaku pelajar. Program ini dijangka akan dilancarkan oleh KPM di Sabah dan Sarawak pada tahun 2015. Pada masa yang sama, Suruhanjaya telah menjalankan program Jurulatih Utama (Master Trainers) bagi guru-guru peringkat Kaunselor Negeri dan juga terus menganjurkan bengkel hak asasi manusia untuk tenaga pengajar pendidikan khas dan sekolah agama. Bahagian ini juga telah menyampaikan ceramah kepada para siswa dan menjalankan latihan untuk pegawai penguatkuasa, selain menganjurkan road show dan seminar untuk masyarakat akar umbi di pelbagai lokasi. Bahagian Perhubungan Awam telah menganjurkan tiga acara utama yang bertujuan untuk mempromosi kesedaran hak asasi manusia di kalangan masyarakat awam serta pihak 5

اختر الفقرة المستهدفة3