Isu-Isu Utama pergerakan yang lancar bagi pengguna lain di tempat awam; sementara sekiranya perlu, polis rusuhan mungkin boleh berada pada keadaan siap sedia dan kekal jauh dari pandangan orang ramai.1 Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa menyediakan latihan tambahan untuk pihak polis bagi meningkatkan pemahaman terhadap undang-undang baru dan peranan mereka dalam memudahkan perhimpunan awam dan mencegah gangguan dengan semangat kebebasan untuk berhimpun secara aman. Suruhanjaya juga menggesa Kerajaan mengkaji semula peruntukan Akta Perhimpunan Aman seperti yang digariskan dalam Laporan Tahunan 2011 untuk memastikan pematuhan prinsipprinsip hak asasi manusia. Walaupun Suruhanjaya dalam proses menyiapkan Siasatan Awam ke atas Dakwaan Pelanggaran Ke Atas Insiden Semasa dan Selepas Perhimpunan Awam pada 28 April 2012, ia secara konsisten menggesa pihak berkuasa menghormati kebebasan asasi rakyat untuk berhimpun secara aman dan meluahkan kebimbangan dan pendapat, kerana ini adalah elemen penting demokrasi seperti yang dijamin di bawah Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang termaktub dalam Artikel 20 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). 2. KAJIAN SEMULA UNDANG-UNDANG (a) Pemansuhan ISA dan Penggubalan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkahlangkah Khas) 2012 Suruhanjaya menyambut baik pemansuhan ISA dan mengalu-alukan, sebagai ganti, penggubalan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang berkuat kuasa pada 31 Julai. Pemansuhan ISA dan pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah adalah langkah positif dalam memperbaiki keadaan hak asasi manusia. Suruhanjaya ambil maklum bahawa beberapa peruntukan dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) adalah selaras dengan syor-syor yang terkandung dalam laporannya, Kajian Semula Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, yang diterbitkan pada tahun 2003. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya bimbang tentang peruntukan-peruntukan lain yang boleh melanggar hak asasi manusia kepada tahanan: 1 • Seksyen 4 tidak menyediakan semakan kehakiman apabila tempoh tahanan dilanjutkan sehingga 28 hari. • Seksyen 5 membenarkan polis untuk menafikan akses segera kepada peguam untuk tempoh sehingga 48 jam. Laporan Suruhanjaya Mengenai Hak Berhimpun, 2002 13

اختر الفقرة المستهدفة3